Warga Tua VS Anak-Anak





Tidakkah kita merasa sedih pabila melihat kelibat warga tua yang semakin lama semakin hilang tenaga mereka, berusaha untuk terus berjalan dan berjalan dalam menghabiskan sisa-sisa hidup mereka yang sedikit ini Persoalannya, dimanakah anak-anak mereka? adakah terlalu sibuk mengejar wang sehingga mengabaikan tanggungjawab utama kepada ibubapa mereka? Fikir-fikirkanlah wahai manusia yang masih mempunyai ibu dan bapa di dunia ini...



Bertungkus lumus mendapatkan rezeki untuk menyara
kehidupan bersendirian(Gambar Hiasan)

Sering kita melihat, dipasar-pasar, kelibat warga tua yang berusaha mengerah keringat tenaga yang hampir hilang untuk mencari sedikit wang sebagai sumber bagi menghabiskan sisa-sisa hidup di muka bumi Allah ini. Alangkah sedihnya jika melihatkan keadaan warga tua yang seakan-akan ibubapa kita ini cuba menagih sedikit simpati masyarakat yang lalu dikawasan tersebut. Tidakkah anak-anak mereka tidak merasai seperti mana kita rasa? Dimankah hilangnya titisan susu ibu yang membesarkan kita pada masa dahulu?adakah kita tidak menyedari bahawa merekalah puncanya kita berjaya sehingga sekarang. Tanpa mereka dimanakah  kita sekarang?

Warga Tua memerlukan perhatian dari yang muda

Sepertimana diperhatikan, terlalu ramai warga tua dibiarkan bersendirian di rumah-rumah warga tua akibat ketidaksangupan anak-anak untuk menjaga mereka dek  kesibukan mencari kemewahan dunia yang tidak kemana perginya. Betapa peritnya hati ibu yang mengandungkan anak-anak seperti ini. Jauh dilubuk hati mereka merasa menyesal melahirkan anak-anak seperti ini. Walaupun dilihatkan ada senyuman dibibir mereka ,tetapi jauh nun dihati mereka kesedihan yang tidak dapat digambarkan dan diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang mengetahuinya segalanya.
 
Sayangilah ibubapa kita selagi mana mereka ada bersama-sama kita. Tiada apa yang boleh dibalas oleh seorang anak kepada ibubapa mereka kecuali kasih sayang di dunia dan doa pabila mereka tiada