Anak Kandung Ditirikan...




Situasinya ibarat anak kandung sendiri di anak tirikan. Ingin menjaga kebajikan anak tirinya yang baru, anak kandung sendiri diabaikan. Kesempatan diatas kebaikan, kepatuhan dan ketaatan anak tersebut digunakan untuk  menjaga hati si anak tiri yang baru itu. Lantas, kekecewaan anak kandung sendiri yang terbuku di lubuk sanubarinya  tiada diketahui oleh sesiapa pun.


 "Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

Kesan Paku Pada Tembok Batu




Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah yang kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

 

 “untuk apakah paku-paku ini ibu?” Tanya Said
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok  batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu” jelas ibunya.

Malam

                         



Keheningan waktu malam hanya boleh dirasai pabila kita berjaga dan menghayati keindahan malam tersebut...bulan mula memancar sinarnya, kadang-kadang bersembunyi sejenak disebalik awan yang indah di langit kehitaman...bintang berkelip-kelip seakan-akan berkomunikasi diantara mereka...owh..indahnya ciptaanMU...

Malunya...




Malu betul bila ramai orang nampak aku pakai baju tidak bergosok…
Malu betul aku orang kata aku skima…
Malu betul aku rasa bila orang kata aku solat di awal waktu...
 Apa sebenarnya malu ni…
Malu ialah perasaan jiwa yang tidak sanggup membuat sesuatu yang mendatangkan kecelakaan serta mengelak diri daripada terlibat di dalam perkara-perkara yang dianggap tidak baik oleh masyarakat luar sana. Secara mendalamnya, perasaan malu inilah yang dapat menjaga tali persaudaraan serta masyarakat di luar sana serta dapat menjaga diri dari melakukan perkara-perkara keburukan.

Assalamualaikum





Keindahan salam yang banyak memberikan kesan yang mendalam dalam perhubungan antara sesama manusia. Erti 'salam' ialah selamat sejahtera yang mencerminkan sikap seseorang yang mempunyai nilai kesejahteraan, keamanan dan keselamatan. Pabila kita meneliti sedalam-dalamnya, 'salam' merupakan satu perkataan yang dapat mengikat pertalian dan rasa kasih sayang yang utuh diantara sesama muslim. Natijahnya, keselamatan, kesejahteraan dan keamanan dengan sendirinya terhasil di lubuk hati masing-masing.

Sabarlah Duhai Hati




Sebak di dada, terguris hati dek panahan kata-kata yang amat berbisa, menikam-nikam di segenap ruang...Apakah penyebabnya...? Belum matang lagi ke...? Umur jika dikira sudah semakin meningkat...

akan tetapi mengapa sukar bagi sesetengah mereka untuk memahami perkara sebegitu mudah dan senang...adakah terlalu berat untuk memikirkannya...
Umpama sindiran kosong yang tidak bermakna...kehidupan bersama sahabat dan rakan-rakan di kala masih dalam status bujang amat menyeronokkan...banyak perkara boleh dilakukan bersama. Ketawa riang sering kedengaran bersama di kala gembira...Tapi..dimanakah kesedihan...? Adakah tidak perlu untuk meratapi bersama...berkongsi suka duka...aduh...sukarnya...

"Buah Hati" Kesayanganku



Dahulu sebelum aku mengenalimu, jiwaku tidak tenang. Selalu diulit oleh pelbagai masalah. Setiap kali aku ingin melakukan pekerjaan, ada sahaja masalah yang timbul.

Dari dulu lagi aku selalu mendengar orang menyebut nama dan  keperibadianmu. Tapi aku tidak nampak  seperti mana orang lain melihatmu. Keayuanmu belum lagi dapat memikat hatiku ini.

Maafkan aku "KAWAN"



Su, dah lama aku melupakan kau. Dulu aku tak macam ni Aku selalu jumpa ko. Kalau ko janji,mesti aku datang tepat pada masanya. Contohnya pagi  tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagitadi, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan baru tesedar. Kelam kabut aku bersiap untuk ke office, mana  tidaknya, malam tadi aku tidur lambat, layan bola sampai 3 pagi. Kerja bertimbun, yang sepatutnya aku siapkan kat pejabat, aku bawak ballik ke rumah, bukan aku buat pum…

Ketika Kaki Melangkah Pergi



Ketika kaki melangkah keluar, dimanakah sebenarnya pemikiran kita pada ketika itu? dimanakah tujuannya kaki berjalan pada ketika itu...Tiada siapa yang mengetahui kecuali dirinya sendiri...
Setiap langkah perjalanan kita jika diiringi dengan niat yang betul, ganjaran yang besar akan diterima dan sebaliknya jika niat yang dibawa adalah bertentangan  dengan syariat yang telah ditetapkan.