Sekeres-keras batu akan terhakis jua walaupun dengan
titisan air yang lembut. Di ibaratkan sepeti seketul hati yang keras dan hitam,
akan menjadi lembut dan jernih kembali apabila aliran ayat-ayat suci al-quran
mengalir menerusi hati tersebut.
Bismillahirahmanirahim..."Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Bagi mereka yang selalu travel, menjelajah ke Gua-gua di
Malaysia yang indahnya di bawah ciptaan Allah SWT ini, tentu sekali mata dan
fikiran akan teruja akan kebesaran Allah Taala dalam penciptaaNYA. Lekukkan
batu akibat titisan air jelas kelihatan disana sini.
Jangan disangka air itu lemah. Kerana air manusia,
binatang, tumbuh-tumbuhan dapat hidup. Kerana air juga la datangnya musibah
seperti banjir dan tsunami dan kerana air jugalah terjadinya manusia dengan
kekuasaan Allah. Adakah dengan sedemikian kekuasaan Allah belum lagi dapat kita
mengagongkan kebesaran Allah Taala...?
Allah maha pengampun dan pemurah kepada hamba-hambanya.
Rezeki berlimpah ruah turun dari langit semata-mata ingin memberi kesenangan
kepada hambaNYA. Akan tetapi adalah hambaNYA bersyukur dengan apa yang
diperolehi...? ataupum mereka lupa siapakah yang memberikan mereka semua
rezeki...?
Makanan yang amat menyelerakan, gaji yang begitu lumayan,
bonus tiap-tiap tahun diperolehi dan sebagainya...Belum cukupkah rezeki yang
diturunkan untuk mereka bersyukur...? Alasan terlupa sepatutnya telah lama
luput dari pemikiran masing-masing dan adakah datangnya musibah baru
disedari akan kenikmatan yang dikecapi...?
Setiap pemberian yang diperolehi amatlah dialu-alukan
penerimaannya. " Ko da makan...?klu belum
aku belanja ko makan hari ni..."...wah!!!
rezeki...ada orang nak belanja hari ini...lihat situasai yang kita
selalu lalui...semestinya akan keluar ayat dari hati kita, "terima kasih kawanku"...dan selepas
dari itu, kita akan selalu menjaga hatinya dan selalu untuk membantu walau
dalam senang atau susah...Dihadapannya selalu untuk menampakkan
kebaikan...terhutang budi...
Akan tetapi mengapa susah bagi kita untuk terhutang budi
dengan Allah Taala...? Sukarkah untuk mengucap syukur dengan nikmat yang
diperolehi...?Adakah kita lupa, manusia yang memberi hanyalah perantaraan
rezeki yang diturunkan oleh Allah Taala...? Kita mengucap terima kasih kepada
syarikat kerana bonus tahunan yang tinggi. Tapi jangan sesekali lupa, disebalik
syarikat yang memberi, ada yang lebih tinggi mengawal semuanya. Allah SWT.
Alhamdulillah...Syukur
padaMU Ya Allah...