Usia Muda Dalam Perkahwinan

"Wajah mereka sangat iras..."
"Ye la, macam adik beradik pum ada. Pandai mereka cari..."
"Semua ketentuan Allah, jodoh mereka Allah telah tetapkan, walupun jauh beribu batu, jika itu jodoh yang Allah tetapkan, akhirnya bertemu jua..."
Mereka tersenyum sambil menikmati juadah semperna majlis perkahwinan anak Imam kampung tersebut. situasai yang sangat berbeza bila anak-anak muda sudah mula sedar akan kepentingan perkahwinan yang banyak memberi kelebihan kedalam setiap jiwa lelaki mahupun wanita. Tambahan pula keadaaan persekitaran yang semakin lama semakin diselubungi kebimbangan dek gejala kurang sihat semakin berleluasa, perancangan untuk setiap pasangan mendirikan rumah tangga adalah keputusan yang terbaik. Bila agama didahulukan, maka segala proses perkahwinan yang dahulunya rumit kerana adat lebih menebal dari agama dapat dipermudahkan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Sesiapa yang mampu untuk berkahwin, tetapi tidak berkahwin, maka dia bukan dari golonganku"
(Hadis Riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi)


Namun, pada masa dan ketika ini, masih ramai yang berkemampuan, tidak menunaikan sunnah yang mulia ini. Jika umur 20-25 dikatakan masih muda dan mentah untuk berkahwin, bagaimana pula yang telah mencecah 30 tahun. Kehidupan mereka ini sudah dianggap senang dengan pekerjaan yang dapat menjamin nafkah terhadap keluarga tidak terabai, namun dimanakah silapnya.


" Anti da nak kawin!!!...?...Umur anti berapa..."? nada yang terkejut bila salah seorang anak muridnya menghantar jemputan Majlis Perkahwinan.
"Ye ustazah, ana akan berkahwin tidak lama lagi insyaAllah, umur ana 22..."
"Anti belum habis belajar lagi kan...? ana pum belum kawin lagi, anti da nak kawin..., anti mampu ke?
"InsyaAllah ustazah, daripada apa yang ana belajar, jika niat kita suci ingin mengikut sunnah dan memelihara agama, insyaAllah, Allah akan bersama kami..."


Terkedu seorang guru apabila itu jawapan daripada anak muridnya sendiri. Termenung jauh seketika ustazah apabila meneliti bait-bait jawapan yang diberikan oleh anak muridnya.


Firman Allah taala yang bermaksud
"Allah telah menjadikan diri kamu itu pasangan suami isteri, dan daripada pasangan suami isteri itu pula alhirnya anak-anak dan cucu..."
(Surah al-nahl 16:72)


Allah juga berfirman 
"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhan yang menjadikan kamu daripada diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (suami isteri) lalu dikembangbiakkan daripada mereka zuriat lelaki dan perempuan yang ramai"
(surah al-nisa'4:1)


"Awak semua bila nak kawin..."? Tanya pensyarah kanan bahagian kaunseling
ada yang menjawab tidak pasti, ada yang tersenyum dan ada juga yang merah muka. Apa tidaknya, umur semua sudah menjangkau 27 keatas, jika lelaki tiada masalah sangat dengan umur sedemikian, tapi jika wanita, mereka perlu merancang dengan lebih teliti serta meletakkan target yang betul.
"Awak kene ada perancangan dalam perkahwinan ini. Target bila nak kawin mesti ada. Jika calon sudah ada, jangan fikirkan hanya mahu berkawan, tapi fikirkan masa depan. Contohnya, kita tanamkan azam untuk kawin pada tahun hadapan. Walaupun masih tiada calon, tapi jika perkara ini sentiada diulang-ulang terutama dalam doa ketika solat, insyaAllah, Allah akan tunaikan permintaan kita. Kita mesti ingat, walaupun kita merasa selesa dalam keadaan bujang dengan gaji yang lumayan, tapi kehidupan yang tidak lengkap tidak akan mengembirakan kita...". Panjang nasihat dari pakar kaunseling ini kepada staff wanita yang masih belum memikirkan soal kehidupan dan perkahwinan mereka.


Umur tidak akan sesekali patah balik menjadi muda diatas dunia ini. Masa muda hanya berlalu dengan pantas jika pengisiannya tidak dijana dengan baik. Bila agama menjadi pegangan yang kuat, maka setiap perkara yang kita laksanakan akan dapat diterjemahkan dengan jayanya.