Sebak di dada, terguris hati dek panahan kata-kata yang
amat berbisa, menikam-nikam di segenap ruang...Apakah penyebabnya...? Belum
matang lagi ke...? Umur jika dikira sudah semakin meningkat...
akan tetapi mengapa sukar bagi sesetengah mereka untuk
memahami perkara sebegitu mudah dan senang...adakah terlalu berat untuk
memikirkannya...
Umpama sindiran kosong yang tidak
bermakna...kehidupan bersama sahabat dan rakan-rakan di kala masih dalam status
bujang amat menyeronokkan...banyak perkara boleh dilakukan bersama. Ketawa
riang sering kedengaran bersama di kala gembira...Tapi..dimanakah kesedihan...?
Adakah tidak perlu untuk meratapi bersama...berkongsi suka
duka...aduh...sukarnya...
Hati mereka sentiasa dijaga dengan teliti, di bimbangi
jika terguris oleh panahan kata-kata...tapi, bagaimana pula nasib hati kita.
Adakah hati kita tidak mempunyai perasaan?
Telajak perahu...boleh diundur lagi..telajak kata buruk
padahnya...
Sekecil-kecil perkara boleh menjadi sebesar-besar
permasalahan. Puncanya...EGO yang tinggi dalam diri. sukar untuk buang, maka
beginila kesudahan.
Jika sesama umur atau sebaya sudah mula menunjukkan
taring masing-masing, bagaimana pula yang telah bergelar senior. Dikatakan
senior la orang yang paling tepat untuk menurunkan segala ilmu yang mereka ada.
Alhamdulillah...ilmu itu amat berguna. Akan tetapi tidak kurang pula bagi
mereka yang ingin merasakan kepahitan mereka dirasai jua oleh adik-adik mereka
ini...
Jika tidak mahu sesat jalan, sudi-sudikan lah diri untuk
bertanya. Tapi jika setiap kali bertanya, hati sentiasa dilukai...Owhhh...salah
ke aku bertanya...aku ingin tahu, tapi megapa aku dimarahi? munkin aku salah
tnya kot...
SABARLAH DUHAI HATI...Permulaan bagi semua, mentari
panas...owg indahnya. Tiba-tiba hujan turun bersama kilat serta guruh yang amat
kuat...bersabarlah. Alhamdulillah..akhirnya pelangi yang cantik keluar jua...