Ketika kaki melangkah keluar,
dimanakah sebenarnya pemikiran kita pada ketika itu? dimanakah tujuannya kaki
berjalan pada ketika itu...Tiada siapa yang mengetahui kecuali dirinya
sendiri...
Setiap
langkah perjalanan kita jika diiringi dengan niat yang betul, ganjaran yang
besar akan diterima dan sebaliknya jika niat yang dibawa adalah bertentangan
dengan syariat yang telah ditetapkan.
Pada ketika itulah
segala cabaran bakal ditentangi oleh musuh tradisi iaitu syaitan dan nafsu.
Iman yang kuat akhirnya terkulai kerana lemahnya diri insan ini.
sebagai contoh. pernahkah kita
berniat ketika kaki melangkah keluar dari rumah ke tempat menuntut ilmu? adakah
keluar kita itu dengan rasa satu paksaan dari sesetengah pihak? Kesedaran yang
tinggi tidak lagi dimanfaatkan dengan sempurna.
Harta dan wanita pemusnah
segalanya... Ketika mana fikiran berada di landasan yang betul pabila kaki
melangkah keluar, akhirnya terpesong dek melihat ayunya wanita di tepian
jalanan dan banyaknya harta yang belum lagi di pungut. Sebaliknya juga si
wanita, kerana jejeka tampan itu, apa yang dipelajari hilang dibawa
kerinduan...
Adakah semua ini pernah
berlaku atas kita ini...
anda fikir, anda rasai dan
anda hayati...