Kain Putih Tidak Berjahit


Bila dibicarakan tentang KAIN PUTIH yang tidak berjahit, kebanyakkan orang masih lagi belum mengerti apakah maksud sebenarnya disebalik istilah sedemikian. Akan tetapi, jika diceritakan dengan KAIN KAPAN, rata-rata orang mengetahuinya. Walaupun hakikatnya perkara itu adalah sama.
Kenapa bila dibicakan tentang KEMATIAN, sesetengah pihak tidak gemar untuk mendengarnya, walhal, ini adalah perkara yang pasti akan berlaku. KEMATIAN adalah perkara besar yang dianggap biasa oleh kebanyakkan orang, sehingga mereka lalai dari mengingatinya. Padahal, ia sentiasa mengejar mereka kemana pum mereka pergi dan tiada seorang pun akan terlepas darinya.

Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."(Surah al-Imran;145)

Terdapat seorang lelaki duduk bersama seorang ulama. Kemudian lelaki itu berbicara tetang keburukan orang lain kepada ulama tersebut. Maka ulama itu pun menangis selepas mendengar kata-kata lelaki tersebut. Kemudian lelaki itu berkata, mengapakah kamu menangis. Ulama itu pum berkata, aku menangis kerana engkau sangat berani berbicara tentang keburukan orang lain walaupun kamu mengetahui ianya sama erti sepertimana kamu memakan bangkai orang tersebut. Tidakkah kamu ingat waktu dimana sekujur tubuhmu akan dibalut dengan kapas dan KAIN KAPAN serta tanah yang akan menjadi bantalmu?

Maka lelaki itu menangis dan sedar akan kesalahannya.

Adakah kita sedar akan hal ini?selalukah perkara seperti ini berlaku keatas atas diri kita?...

Secara ringkasnya, apa yang ingin disampaikan disini ialah: kita sebagai manusia akhir zaman selalu terjerumus didalam keadaan sedemikian. Kita sering berkata"Jangan la cakap hal kematian lak time-time cam nie..." walaupum kita tahu kematian akan muncul tanpa diketahui bilakah masanya. kemuadian kita selalu memperkatakan sesuatu perkara yang tidak elok kepada rakan kita atau orang lain wal hal diketahui akan situasi "makan bangkai orang tersebut" yang sama dengan apa yang kita lakukan ketika itu. Ini lah perkara-perkara yang diketahui hal nya, tetapi senantiasa dilakukan akibat terikut oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan laknatullah.

Akhir kata

Tepuk dada, tanya iman...