"Wah...cerita baru nie..., HANTU AIR..., cte NONGKRONG pum aku tak sempat nak tengok ag"
"Kau ni...minat betul cite-cite hantu nie...aku rasa semua film hantu yang ada kt Malaysia ni kau sapu, ni belum cite hantu kat indon ag.."
"Alaa...bukannya hantu betul, diorang semua berlakon je...heheh"
"Kau rase, hantu betul-betul wujud x?"
"Aku nie bukan tahu sangat pasal hantu nie, tapi setakat apa yang aku belajar hantu ni adalah gambaran masyarakat melayu sebagai makhluk ghaib yang menjelma dengan rupa paras yang sangat menakutkan, sesetengah masyarakat kita mengatakan hantu ini berasal daripada roh orang mati yang tidak tenteram didalam kubur akibat mati kemalangan atau dibunuh.... Akan tetapi, dalam Islam, tak ada istilah hantu seperti mana yang digambarkan oleh masyarakat melayu kita, sebenarnya yang menggangu itu adalah JIN, SYAITAN dan IBLIS. Malah, mempercayai kewujudan JIN, SYAITAN dan IBLIS adalah wajib tau..."
"owh..macam tu..banyak jugak yang kau tahu kan..."
"Mari sama-sama kita perhatikan ayat-ayat suci al-Quran yang berkaitan..."