Lupa...Hilang Begitu Sahaja


Apakah yang menyebabkan kita lupa, apakah yang menyebabkan kita berbuat salah dan apakah yang membuat kita tidak dapat apa yang dipelajari dengan mudah? Majoritinya akan menjawab hati menjadi gelap disebabkan terdedah  dengan perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat.
Apa yang aku nak BUAT ni!!!LUPA laa...


Kemaksiatan yang terkumpul di dalam hati akan menyebabkan pandangan kita dihalang oleh tebalnya pengaruh kemaksiatan itu, sehinggakan seseorang itu tidak dapat mendengar, melihat, tidak sedar, tidak dapat memahami sesuatu dan tidak berakal. Ini disebabkan, maksiat yang terkumpul hari demi hari telah menjadi darah daging dalam tubuh seseorang itu. Akan tetapi mereka tidak dapat merasainya kecuali Allah sahajalah yang mengetahui segalanya. 

Firman Allah Taala yang bermaksud:
(tetapi) kerana meraka melanggar janji, kami kutuk mereka dan kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka mengubah perkataan Allah dari tempat-tempatnya dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya”(Al-Maidah: 13)

Tentang kemaksiatan ini Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud:
sekali-kali tidak(demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka”(Al-Muthaffifin: 14)

Kemaksiatan apabila terkumpul dalam hati manusia akan menghancurkan kepingan-kepingan kebaikan, zikir, dakwah, ilmu dan sebagainya sehinggakan mereka ini akan terus lalai untuk beribadah dan menuntut ilmu. Jika dilihat sekeliling kehidupan kita sekarang, terlalu banyak maksiat yang disajikan. Dengan keadaan media massa yang melebihkan pendidikan hiburan yang menjurus kepada kemaksiatan dan kehidupan reality masyarakat di luar sana. Bila timbul persoalan, kenapakah kami sukar untuk memahami ilmu yang dipelajari? Apakah punca utama kelalaian kami dalam menuntut ilmu ini?
Pemakaian yang tidak mengikut syariat Islam


Jawapannya sebagai mana yang difahami iaitu kemaksiatan yang sudah mula menguasai diri. Tiadakah ada ayat-ayat untuk dijadikan pendinding? Ada. Apakah ayat itu? Sebagaimana yang diketahui ayat-ayat itu adalah Al-quran. Akan tetapi permasalahannya disini, kita ingin melindungi diri kita daripada maksiat, tapi adakah kita telah menutup diri kita sebaiknya? Bagaimana nak tutup? Adakah kita mengetahui batas Aurat? Adakah kita sedar yang kita sebenarnya membenarkan orang lain melihat kemaksiatan yang kita sendiri menzahirkannya.

Persoalan timbul, kami dah tutup aurat, dah pakai tudung(perempuan), dah tutup segalanya. Apa lagi yang perlu kami buat… Jika diperhatikan, adakah betul seseorang itu menutup aurat mereka?ataupun sekadar meletak selembaran kain di atas kepala atau melilit kain di badan yang sekadar menutup. Itulah yang menjadi punca utama dimana kita menzahirkan maksiat sehingga orang lain yang melihat lalai dan hilang ilmu yang dipelajari dek tergangu oleh maksiat yag disajikan oleh kita yang tutut sama megetahuinya. Jika ditempat menuntut ilmu pun menjadi masalah, apatah lagi dikawasan yang kita sedia maklum lebih bebas dari itu.

Dalam suasana kepesatan pembagunan, kecerdikan para penuntut ilmu, kita mesti ingat yang menentukan segala kehidupan kita adakah Allah Taala. Jika kita menuntut ilmu tanpa niat kerananya, ilmu yang kita bangga-banggakan itu tidak akan terlekat di sanubari seseorang student itu. Jadikan ilmu itu sebagai ilmu, bukannya ilmu itu sebagai nukud.