Sifat manusia, selalu ingin lebih dari orang lain. Selalu
ingin miliki semua yang boleh dimiliki. Selalu mengimpikan sesuatu yang lebih
dari apa yang sedia ada.
Jika dahulu Nokia 3310 menjadi handphone yang sangat diimpikan, sekarang impian telah bertukar ke iphone 4s atau samsung galaxy note dan lain-lain gajet yang semakin lama semakin canggih , kalau dahulu hanya kereta kancil menjadi idaman, tetapi sekarang
Nissan Skyline R35 dan Lancer Mitsubishi yang menjadi tumpuan ramai.
Jika dahulu gaji RM3000 sudah memadai,
tetapi sekarang inginkan RM10k, jika dulu untuk terbang hanya mimpi, tetapi
sekarang sudah menjadi kebiasaan untuk terbang kesana sini dengan segala kemudahan yang telah dikurniakan Allah swt. Tidak bersyukurkah kita atas nikmat yang
terlalu banyak ini, apa lagi yang ingin dimiliki dan diimpikan…
Pabila merenung akan banyaknya nikmat yang telah
diperolehi, tidakkah kita memikirkan apakah sepatutnya dilakukan
seterusnya…Adakah hanya berkata-kata sahaja cukup untuk menunjukkan yang kita
benar-benar bersyukur?
Ibadat manusia sering tergangu disebabkan banyaknya
nikmat yang Allah turunkan dengan tujuan untuk menguji hambaNYA ini. Semakin
lama, semakin longar iman dek kerena ketidakpatuhan dan ketidaksyukuran kita
kepada nikmatnya. Lihatlah disekeliling kita…fikir-fikirkanlah,
tenung-tenungkanlah…semoga hidup sentiasa diberkati olehNYA…