Dari Ibnu Umar ra berkata, Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh".
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
"Amalan pertama yangakan dihisab pada hari Kiamat ialah solat. Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan Dia Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba-Ku; sempurna atau kurang'. Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan, Allah mengarahkan lagi,'Adakah hamba-Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardunya dengan solat sunatnya...'
(Riwayat Abu Daud, al-Nasaie dan Ibnu majah)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”
(Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”
(
Hadis Riwayat At-Tabrani)