Sinaran disebalik awan hitam

Mengalir air mata bila seorang ibu muda sanggup memukul dan mendera anaknya yang masih kecil. Bukan setakat dipukul, malah diterajang dek kerana anak yang masih kecil merengek kelaparan. Hanya tangisan yang mampu anak kecil ini ungkapkan bagi meraih simpati dari seorang ibu yang telah melahirkannya. Dimanakah salah anak kecilkan sehinggakan sanggup diperlakukan sedemikian rupa.


"Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku..., kalau aku tahu kau macam ni sudah lama aku sumbat kau dalam mangkuk tandas..." sambil memukul anaknya.


Pilu dan pedih. Dalam masa yang sama timbul bahang kemarahan dalam diriku betapa kejamnya seorang ibu. Anak ini tidak bersalah, tiada dosa pum dengan si ibunya. Kerana keterlanjuran si ibu bersama jejaka yang teramat dipercayainya, akhirnya terjerumus kedalam lembah kehinaan yang memaksanya mengandung anak diluar nikah.


Tapi mengapa anaknya yang menjadi mangsa sedangkan si ibu yang bersalah.
"Abang...betulkah abang mencintai sayang..."?
"Ye sayang, abang sangat mencintaimu...abang sanggup lakukan apa saja untukmu sayang..."
"Betul ke abang...sayang pum akan lakukan apa saja untuk abang...sayang akan ber segala-galanya untuk abang..."


Ketika ini semuanya indah, tiada yang busuk, tiada yang masam. Akibat terlalu menyayangi dan mencintainya, maruah yang dijaga rapi sanggup digadaikan.


Kuasa Allah tiada tandinganya, sekali terlanjur, Allah terus menghukumnya. Dia telah mengadung. Terkejut dengan keputusan dari pihak doktor, dia terus menghubungi teman lelaki yang dianggap setia padanya. Tapi rupanya nasi telah menjadi bubur. Teman lelakinya mendakwa tidak mengenalinya bahkan paling menyedihkan, teman lelakinya itu sudah mempunyai teman wanita yang baru.


Kandungan semakin membesar dan membesar. Kini untuk menyembunyikan kandungan yang sudah menjangkau tempoh 7 bulan sudah semakin rumit. kerisauan semakin terasa. Bagaimana untuk berhadapan dengan keluarga nanti. bermacam-macam persoalan telah timbul dan pergi tanpa penyelesaian.
Akhirnya, dia terpaksa memberitahu kakaknya yang dia kini tengah sarat mengandung. Kakaknya yang tidak sanggup melihat adiknya kesedihan mengambil keputusan untuk membawa adiknya ini ke hospital bagi proses bersalin yang selamat tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain.


Kini anaknya sudah menjangkau 1 tahun. Tapi dendam keatas teman lelakinya yang tidak berhati perut itu masih membawa sehingga anak kecil itu yang menjadi mangsa. Kakaknya terpaksa membawa lari anak adiknya kerana sangat kuatir keselamatan anak kecil yang tidak berdosa ini.


Dia dihantar ke pusat pemulihan selama setahun dan diberi kaunseling yang berpanjangan agar dapat mengharungi kehidupan yang lebih baik diluar sana. Kini umur anaknya telah menjangkau 2 tahun setengah. Dia juga telah pulih dan dibenarkan keluar dari pusat pemulihan tersebut.


 Dengan kuasa Allah Taala, akhirnya dia telah dilamar oleh doktor yang merupakan bekas rakan sekolahnya seketika dulu dan juga orang yang bertanggungjawab menyambut kelahiran anaknya 2 tahun setengah  yang lalu. Alhamdulillah, kehidupan mereka bertambah baik, tahun 2012 merupakan hari yang sangat bahagia untuknya. Dia disahkan mengandung anaknya yang kedua. Mengalir air mata kegembiraan yang tiada terhingga atas kenikmatan dan kebahagian yang dikurniakan