Kelebihan solat sunnat di bulan Ramadhan

"Imam, Malam ini kita nak adakan bacaan Yassin ke tidak"?Ujar Bilal...
"Pendapat bilal cam ner"?
"Saya rasa, malam ini kita tak payah buat la, kita dengan pengistihran puasa..., sebab kita tidak pasti puasa esok ke lusa ni..."
"Elok jugak saya rasa, kuasa Allah kita tidak boleh nafikan. Walaupun dalam takwin hari sabtu, tapi jika anak bulan nampak malam ni, puasa da esok, tarawikh da kita malam nie..."Ujarku sambil tersenyum...
"Kalau macam tu, saya bagitau jemaah yang lain la"...Ujar bilal dengan penuh semangat


Pada kebiasaannya, Khamis malam  Jumaat akan diadakan bacaan Yassin, Tahlil dan Doa. Tujuannya adalah satu, ingin menjadikan al-Quran sebagai pelita dalam kehidupan segenap masyarakat Islam seterusnya mengajak masyarakat setempat untuk sama-sama meningkatkan amalan dalam kehidupan sehari-harian.


Tarikh dan hari permualaan puasa diumumkan. Sabtu, 21 Julai 2012. Maka, Jumaat malam sabtu solat sunat Tarawikh akan bermula. Banyak kelebihan yang telah digariskan berkaitan solat sunat tarawikh ini yang tidak ada pada bulan lain.
Berkaitan ada hadis yang menyatakan fadhilat menunaikan Tarawih pada setiap malam. Hadis tersebut adalah hadis palsu dan setelah kajian dilakukan oleh ulama'-ulama', mereka tidak dapat mengesan sumber asal hadis tersebut. Dr. Abdul Basit Abd Rahman dalam jawapannya menerusi majalah Al-Ustaz isu 4 berkata, kalau ianya hadis, maka kita akan dapati ia direkodkan dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Dan sekiranya ia hadis palsu, maka kita akan dapatinya direkodkan dalam mana-mana kita al-mawdu'at (kitab yang merekodkan hadis-hadis palsu). Jadi kesimpulan yang dibuat oleh beliau bahawa hadis ini adalah hadis palsu yang baru diada-adakan sehinggakan ulama-ulama' terdahulu pum tidak mengetahui kewujudannya.


Namun, kedudukan solat tarawih dan kedudukan dalam sunnah begitu besar sekali. Memadai kita berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim


"Sesiapa yang bangun  (solat) pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Qiamullail merupakan amalan yang amat dititikberatkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Qiamullai merupakan jihad pada malam hari di bulan ramadhan selepas jihad berpuasa di siang hari


Rasullullah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang bagun [solat] pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas"
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Aisyah r.h.a pernah berkata:
"Janganlah kamu tinggalkan qiamullail. Rasulullah saw tidak pernak meningglkannya. Jika Baginda sakit atau kepenatan, baginda akan solat sambil duduk."
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Begitulah diantara dalil yang menunjukkan bahawa solat sunnat pada ramadhan amat besar nilainya disisi Allah saw.


Rebutlah peluang terbaik ini yang hadir hanya setahun sekali. Jika peluang yang sudah terhidang ini tidak diambil dengan sebaik munkin, munkin ini merupakan peluang terakhir buat kita kerana kita sebagai manusia, belum tahu adakah kita masih berkesempatan dengan Ramadhan pada tahun akan datang.