Hari ini berkisar satu tajuk yang menarik iaitu persediaan
untuk beribadah. Jika diperhalusi dan
diteliti masyarakat Islam di Malaysia secara khususnya, boleh kita melihat bagaimana
persediaan untuk mengadap Allah dilaksanakan. Samaada dengan cara simple, hebat
atau sebaliknya. Pernah kita mendengar, jika seseorang yang terlibat dengan
mesyuarat, sudah tentu persediaan dari sudut
bahan-bahan serta point penting telah digariskan agar prestasinya berada
ditahap yang terbaik. Begitu juga seseorang yang ingin masuk ke sesi temuduga.
3 hari sebelum tibanya hari tersebut, persiapan telah dilaksanakan dengan rapi
sekali. Baju, seluar, kot , rambut tentunya telah disiapkan dengan begitu rapi
sekali. Tujuannya tidak lain hanya untuk menampakkan kesungguhan dan semangat
yang tinggi.
Akan tetapi jika kita berbalik kepada persediaan kita dalam
ibadah, bagaimana persiapan untuk mengadap Allah swt. Adakah sebagaimana
persiapan ke tempat kerja ataupum sebaliknya? Jawapannya kita boleh melihat
sendiri di masjid-masjid atau surau yang berdekatan. Baju yang tidak bergosok,
kopiah yang sebulan tidak dicuci, kain sarung yang sudah using dan macam-macam
lagi. Yang muslimah tidak kurang dengan keadaan telekung yang lusuh dan berbau
sedangkan pakaiaan ke tempat kerja sangat indah dengan kelipan-kelipan yang
mampu untuk menyerlahkan penampilan dimata manusia. Bila ditanya, zuhud
katanya. Penyalahan gunaan istilah yang banyak menyebabkan manusia mula terpesong
dalam bab keindahan dalam Islam. Berpakaian kemas dan cantik ke pejabat akan
menampakkan kemegahan dalam diri seseorang. Ada juga memberi pandangan bahawa,
untuk meningkatkan prestasi dan tumpuan dalam kerjaya, pemakaian yang kemas
perlu diutamakan. Semua perkara itu tidak kita nafikan sama sekali, Cuma persoalannya,
dimana segak dan cantik kita di pejabat dalam situasi menyembah Allah yang
satu.
Ingin saya berkongsi satu cerita di sebuah masjid di kampung.
Beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang sangat segak dalam
penampilannya. Cetusan pemakaiannya member impak yang besar kepada jemaah yang
lain. Pemakaian solatnya sangat kemas dan sangat bersih serta pemilihan warna
yang sangat menarik dari atas hingga ke bawah. Bermula dari revolusi ini,
masyarakat kampung tersebut mula melakukan perubahan yang sangat hebat. Waktu solat
lima waktu seakan-akan menjadi solat sunat hari raya. Keindahan pemakaian dan
kekemasan adalah faktor utama seseorang khusuk dalam solat.