Anak Kandung Ditirikan...




Situasinya ibarat anak kandung sendiri di anak tirikan. Ingin menjaga kebajikan anak tirinya yang baru, anak kandung sendiri diabaikan. Kesempatan diatas kebaikan, kepatuhan dan ketaatan anak tersebut digunakan untuk  menjaga hati si anak tiri yang baru itu. Lantas, kekecewaan anak kandung sendiri yang terbuku di lubuk sanubarinya  tiada diketahui oleh sesiapa pun.


 "Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"


Hari berganti hari, kehidupan perlu diteruskan. Walaupun masa bersama keluarga kandung hanya seketika, tapi kepedihan hati yang terasa tidak dapat digambarkan. Bukan merungut akan peraturan, tapi merasai keadilan diantara sesama manusia itu sudah tidak relevan. Adakah percaturan menurut buku yang digembur-gemburkan hebat itu akan lebih membawa kejayaan berbanding logik akal yang telah di cipta baik oleh Allah Taala?


Ibarat kata:
"Mata pedih terkena bawang, hidung mula seakan-akan selesema. Akan tetapi tangan terus bergerak menjalankan kerjanya menurut perintah dari akal yang bernas"


"Dengar dan taat"...itulah sebaik-baik perkataan yang diperlukan oleh 'anak kandung' yang baik dan taat. Persoalan disini, adalah sukar bagi seorang 'ibu' yang dikira mempunyai pengalaman yang luas dalam mendidik anak-anak bangsa untuk memberi keadilan antara yang hak dan batil? antara kandung dan tiri?...Jawapannya hanyalah pada dirinya sahaja.

Pabila positive mula menjana kembali fikiran ini, maka akan terfikir sejenak, mengapakah 'ibu' melakukan sedemikian rupa. Adakah kami sebagai anak bongsu kandung mereka ini ingin diuji? sejauh manakah pula ujian yang ingin diberikan itu?
  

Ujian yang datang akan menjelmakan sementara awan hitam yang kelam serta diiringi bunyi guruh yang membelah bumi, angin bertiup umpama letupan, kilat sambung menyambung bagaikan tidak mahu memutuskan cahayanya.


 

Pabila semuanya berhenti, maka muncul dengan kekuasaanNYA pelangi cantik yang tidak ternilai akan cahaya warnanya. Mentari pula seakan-akan bergurau senda bersama awan dilangit yang mula membiru. Semuanya kekuasaan Allah yang menentukan hikmah ujian buat hambanya yang bertaqwa.