Kesan Paku Pada Tembok Batu




Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah yang kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

 

 “untuk apakah paku-paku ini ibu?” Tanya Said
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok  batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu” jelas ibunya.


Pada hari yang pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga makin berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahan berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembiranya. Lalu ibunya mengucap tahniah dan menyuruh said mencabut satu persatu paku di tembok tersebut. Hari berganti hari dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan said ke tembok tersebut dan berkata “ kau telah melakukan dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok ini tidak kelihatan sama seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukkan sesuatu ketika dalam keadaan marah, ianya akan meninggalkan kesan parut  dan luka sama seperti ini. Tetapi ingatlah, walau beberapa kali pum kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanyamasih tetap ada. Luka di hati lebih pedih dari luka fizikal”
 
 
Luka di badan nampak darahnya, tetapi luka di hati siapa yang tahu...