Dahulu sebelum aku
mengenalimu, jiwaku tidak tenang. Selalu diulit oleh pelbagai masalah. Setiap
kali aku ingin melakukan pekerjaan, ada sahaja masalah yang timbul.
Dari dulu lagi aku selalu
mendengar orang menyebut nama dan keperibadianmu. Tapi aku tidak nampak seperti mana orang lain melihatmu. Keayuanmu
belum lagi dapat memikat hatiku ini.
Pada satu ketika, ayah aku
telah mengenalkan aku denganmu. Memang aku tidak menyangka dapat mengenalimu.
Disitulah mulanya aku tertarik hati padamu. Hari demi hari aku mula memikirkan
mu. Melihat keperibadianmu. Sehinggakan tiap-tiap hari aku mula untuk bertemu
dan bersamamu. Alangkah tenangnya berada disampingmu. Segala kerja yang aku
rancang menjadi semakin baik. Lama kelamaan, segala sifat dan keperibadianmu
dapat ku ingati. Jika orang bertanya, kenalkah aku dengan kau, aku terus
menjawab, aku mengenalinya dengan sebaik-baiknya.
Sekarang ini, kau masih disisi
ku. Semakin lama, semakin intim perhubungan aku dengan kau. Kau selalu berada
dalam hati dan sanubariku. Jika aku bersendirian, selalu dirimu aku ingati. Aku
akan cuba untuk mengenali mu dengan lebih mendalam lagi. Bila aku renung kembali,
masih banyak lagi perkara yang belum aku mengerti darimu. Kau memang pandai
berkias dan bermadah dari segenap aspek. Banyak cerita-cerita yang selalu aku
dengar darimu. Kau memang buah hati kesayanganku yang terbaik. Aku berjanji,
selagi aku hidup aku akan sentiasa mengingati dan bersamamu sepenuh jiwaku.
Namamu sentiasa tersemat dijiwaku…
Jagalah
al-Quran dengan sebaiknya, hayati setiap apa yang diceritakan didalamnya dan
yang apling penting, baca, faham dan amal…
Pesanan
ikhlas untuk semua.