Keindahan salam yang banyak
memberikan kesan yang mendalam dalam perhubungan antara sesama manusia. Erti 'salam' ialah selamat
sejahtera yang mencerminkan sikap seseorang yang mempunyai nilai kesejahteraan,
keamanan dan keselamatan. Pabila kita meneliti sedalam-dalamnya, 'salam'
merupakan satu perkataan yang dapat mengikat pertalian dan rasa kasih sayang
yang utuh diantara sesama muslim. Natijahnya, keselamatan, kesejahteraan dan
keamanan dengan sendirinya terhasil di lubuk hati masing-masing.
Daripada Abu Hurairah r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda "Demi diriku di tanganNYA, kamu tidak akan masuk
syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu
berkasih sayang. Ingatlah, aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang jika
kamu lakukan nescaya kamu akan berkasih sayang, iaitu kendaklah kamu saling
memberi salam antara sesama kamu"
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan
Al-Tarmizi)
Jelas disini bahawa tiket
utama bagi orang-orang mukmin untuk membuka pintu lembaran perkenalan dan
perbincagan yang dapat menimbulkan kerjasama seterusnya membawa kepada kasih
dan sayang yang utuh. Perlu di igatkan agar tujuan salam itu diperhalusi dan
diharmonikan agar ianya tidak menjadi satu ucapan kosong tanpa erti apa-apa.
Sampaikanlah salam, agar kasih
sayang akan sentiasa berada di garisan tali ukhuwah mahabah yang utuh.